Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme C53 akan dilancarkan di Malaysia pada 6 Jun ini – spesifikasi telah didedahkan

realme C55 Malaysia

realme secara rasminya telah mengumumkan bahawa satu lagi telefon pintar kelas entry-level iaitu realme C53 akan mula ditawarkan di Malaysia pada 6 Jun ini.

realme C53 ini akan hadir dengan skrin paparan LCD berukuran 6.74-inci dengan kadar segar semula 90Hz dan terdapat juga kamera selfie 8MP yang turut memiliki paparan notifikasi UI Mini Capsule.

Selain itu, realme C53 juga dijana cip 12nm UniSoc T612, 6GB RAM, storan dalaman 128GB dan realme UI T Edition yang berasaskan Android.

Pada bahagian belakang, C53 ini memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth 2MP dan telefon pintar ini juga memiliki rekaan premium yang dikenali Shiny Champion.

Seterusnya, telefon pintar terbaru realme ini juga memiliki bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 33W SUPERVOOC, ultraboom speaker dan bicu audio 3.5mm.

Akhir sekali, realme C53 akan ditawarkan di Malaysia didalam dua warna iaitu Champion Gold dan Mighty Black.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.