Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Ciri Battery Health mungkin ditawarkan pada sistem operasi Android 14

Battery Health Android 14

Ciri Battery Health pada iOS boleh dikatakan sebagai antara salah satu ciri yang tidak ditawarkan pada peranti Android namun ianya mungkin berubah apabila Android 14 mula ditawarkan kepada pengguna.

Battery Health secara asasnya menunjukkan kapasiti maksima yang boleh ditampung oleh peranti anda dimana adalah normal bagi sesuatu bateri untuk kehilangan kapasiti apabila ianya telah digunakan untuk tempoh panjang.

Google dilaporkan telah menambah API BatteryManager pada versi beta Android 14 yang menunjukkan maklumat seperti jumlah kitaran pengecasan dan status pengecasan.

Penawaran ciri seperti ini sudah pastinya memudahkan pengguna Android mengetahui kemampuan sebenar bateri tanpa perlu bergantung kepada aplikasi pihak ketiga yang mungkin memberikan peratusan yang tidak tepat.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.