Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR X7b 5G, Pad 9 5G, MagicBook X 16 2024 dan Band 9 kini dijual secara rasmi di Malaysia

Honor telah mengumumkan bahawa 4 produk terbaru mereka yang dilancarkan baru-baru ini telah mula dijual di Malaysia bermula hari ini.

4 produk tersebut adalah HONOR X7b 5G, HONOR Pad 9 5G, HONOR Band 9 dan komputer riba HONOR MagicBook X 16 2024

HONOR X7b 5G

HONOR X7b 5G kini ditawarkan didalam dua warna menarik iaitu Crystal Silver dan Emerald Green pada harga RM899.

Telefon pintar ini boleh didapati di pelbagai platform termasuk laman web rasmi HONOR, Kedai HONOR, Shopee, Lazada, TikTok Shop dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ dan Urban Republic.

Kepada mereka yang ingin memiliki HONOR X7b 5G menerusi syarikat telekomunikasi boleh melanggan Pelan Yes Infinite+ Basic Postpaid untuk RM58 sebulan dan dapatkan telefon pintar ini secara percuma! Selain itu, HONOR X7b 5G boleh dibeli pada harga RM139 sahaja dengan langganan Pelan U Mobile U Postpaid 98.

HONOR Pad 9 5G

HONOR Pad 9 5G kini ditawarkan pada harga RM 1,799 melalui pelbagai platform, termasuk laman web rasmi HONOR, HONOR Store, Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan pengedar sah Harvey Norman, Senheng, SenQ, dan Urban Republic.

Bagi pengguna Maxis, dapatkan HONOR Pad 9 5G pada harga RM47 sebulan dengan pelan Maxis Postpaid 79. Manakala CelcomDigi menawarkan RM1 sebulan dengan pelan CelcomDigi Postpaid 5G 260.

Selain HONOR X7b 5G dan HONOR Pad 9 5G, HONOR MagicBook X 16 dan HONOR Band 9 juga tersedia untuk pembelian di seluruh negara masing-masing pada harga RM 2,999 dan RM 199.

Setiap pembelian HONOR MagicBook X 16 akan turut menerima hadiah percuma bernilai RM468 yang terdiri daripada Beg Galas HONOR, langganan Microsoft 365 percuma selama 1 tahun dan jaminan 3 tahun.

Jam tangan HONOR Band 9 pula akan ditawarkan pada RM199 didalam warna Purple, Black dan Blue.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.