Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Amerika Syarikat luluskan undang-undang menghalang operasi TikTok – perlu dijual jika mahu terus beroperasi

Amerika Syarikat secara rasminya telah meluluskan undang-undang yang akan menghalang TikTok beroperasi di negara itu dan ianya telah diluluskan didalam masa kurang seminggu selepas dibentangkan.

Ini memberikan ByteDance yang merupakan pemilik TikTok dua pilihan iaitu menjualnya kepada syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat atau menutup sepenuhnya operasi TikTok dinegara itu.

Amerika Syarikat mendakwa bahawa TikTok digunakan untuk melakukan intip dan pengawasan bagi pihak China yang dilihat sebagai mendatangkan risiko keselamatan negara.

TikTok merupakan salah satu daripada platform media sosial terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, ianya mempunyai lebih 1 bilion pengguna aktif bulanan dan lebih 170 juta pengguna aktif di AS sahaja.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.