Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

3 sebab kenapa realme 12+ 5G adalah pilihan terbaik untuk gaming 

realme merupakan sebuah syarikat teknologi global yang menawarkan rangkaian telefon pintar dan peranti teknologi gaya hidup dengan spesifikasi premium, kualiti dan reka bentuk yang menjadi trend baharu kepada pengguna muda.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2018, realme telah menjadi antara 5 syarikat telefon pintar terbaik di 30 pasaran di peringkat global dan kini memiliki lebih dari 200 juta pengguna.

Tahun 2024 menyaksikan penjenamaan semula realme dengan slogan baharu “Make it real.” Di bawah semangat jenama baharu, realme akan lebih memfokuskan kepada pengguna muda berbanding sebelum ini dan membawa manfaat yang nyata, jelas dan ketara kepada kehidupan mereka.

Model realme yang mendapat perhatian hangat ketika ini sudah tentunya adalah realme 12+ 5G yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini pada harga RM 1,499.

Selain rekaan yang trendy, realme 12+ 5G juga dilihat sebagai pilihan terbaik untuk gaming mudah alih dan ini adalah tiga sebab utama yang menyerlahkan kebolehan gaming telefon pintar ini.

Skrin Paparan ‘Flat’ Ultra Smooth 120Hz

realme 12+ 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED Ultra Smooth berukuran 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Menariknya, realme menggunakan panel skrin yang ‘flat’ dan ini adalah ciri wajib cari dicari oleh para gamers kerana operasi dan sentuhan skrin adalah lebih baik dengan pengalaman gaming yang lebih memuaskan.

Selain itu, panel skrin realme 12+ 5G juga hadir dengan teknologi Rainwater Smart Touch yang mana berdasarkan data pengimbasan skrin, ianya menentukan sama ada skrin atau tangan pada skrin mempunyai air padanya. Dalam kes di mana air dikesan, algoritma digunakan untuk tidak mengganggu tindak balas sentuhan dan menghentikan sebarang sentuhan yang tidak dijangka.

Cip Berkuasa Tinggi Dimensity 7050 5G 

realme 12+ 5G dikuasakan cip kelas flagship yang dikeluarkan oleh MediaTek iaitu Dimensity 7050 5G yang diperbuat daripada proses 6nm TSMC yang memberikan kuasa pemprosesan tinggi namun masih mengekalkan penggunaan tenaga pada tahap yang rendah.

Selain itu, kemampuan cip Dimensity 7050 5G yang digunakan pada realme 12+ 5G juga telah terbukti pada ujian benchmark AnTuTu yang menyaksikan telefon pintar ini memperoleh lebih dari 580,000 mata yang bermaksud  peranti ini mampu mengendalikan tugas dan pemprosesan lebih daripada keperluan biasa pengguna.

Bersama cip ini, realme 12+ 5G ini juga disertakan dengan GPU Mali-G68 yang menawarkan kesan grafik yang sangat realistik dan lancar.

Pengoptimuman Perisian Gaming Terbaik

realme 12+ 5G mungkin dikuasakan dengan cip setaraf kelas flagship yang memastikan ianya mampu memainkan apa sahaja permainan video kegemaran pengguna. Walaubagaimanapun, optimasi perisian gaming yang lebih menyeluruh adalah sesuatu yang mustahak untuk pengguna yang mahu lebih prestasi dari realme 12+ 5G ini.

Antara ciri perisian gaming yang ditawarkan pada realme 12+ 5G adalah notification management, game floating window, gaming network improvement dan smart touch optimisation.

Selain itu, realme 12+ 5G juga disertakan ruang wap keluli tahan karat 4357mm dengan arkitektur pelesapan haba 7 lapisan dan pelesapan haba grafit berprestasi tinggi 10231mm² yang membolehkan kecekapan pelesapan haba yang lebih baik yang membolehkan pengguna menikmati prestasi gaming yang lebih stabil.

Kempen realme x MLBB ALLSTAR 2024

realme juga telah bekerjasama dengan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) untuk menjayakan kempen ALLSTAR 2024 . Peminat permainan MLBB boleh mengunjungi  realme Brand Store yang terpilih di seluruh negara dari 10 hingga 19 April 2024 dan membawa pulang barangan MLBB eksklusif serta item dalam permainan apabila mereka mempamerkan kemahiran permainan mereka dengan pemproses berkuasa realme 12+ 5G.

Selain itu, sepanjang tempoh kempen, realme Brand Store terpilih akan diubahsuai dengan hiasan bertemakan MLBB dengan ‘kehadiran’ watak yang ditampilkan oleh ALLSTAR, seperti Esmeralda, Estes, Fredrinn dan Melissa. Di samping itu, peminat MLBB juga  berpeluang membawa pulang barangan eksklusif serta barangan dalam permainan seperti Kunci CD bernilai 189 Berlian, Kad BP Berganda 1 hari, Battle Emote “AHAHA” dan kulit Moskov (bernilai USD100) . Hadiah terhad akan disediakan setiap hari.

Peminat MLBB mesti menyelesaikan tugas berikut dan menyertai cabutan bertuah untuk mendapatkan hadiah eksklusif yang dinyatakan di atas:

Langkah 1 : ikuti @realme.my dan @mobilelegendsmy di TikTok.

Langkah 2 : Kunjungi realme Brand Store yang terpilih

dan ambil bahagian didalam pertempuran 5v5 di Peta ALLSTAR bersama rakan-rakan anda

Langkah 3 : Muat naik foto/video pasukan anda bermain di media sosial bersama hashtag #realmeMY #realmeBrandStore #MLBBALLSTAR #MLBagiBelanja #MaafMainTeruk

Langkah 4 : Anda layak menyertai cabutan bertuah MLBB ALLSTAR

Jangan terlepas acara eksklusif yang tersedia di realme Brand Store yang terpilih di Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Perak, Sarawak dan Selangor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.