Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 12 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,099

realme secara rasminya telah melancarkan realme 12 5G  di Malaysia pada harga dari RM 1,099.

realme 12 5G merupakan telefon pintar pertama Android untuk hadir dengan butang kuasa pelbagai fungsi seperti Action Button pada iPhone 15 Pro iaitu Dynamic Button.

Dynamic Button pada realme 12 5G ini membolehkan pengguna mengakses pelbagai aplikasi dengan mudah berdasarkan penggunaan peribadi mereka. Dengan hanya mengetik dua kali butang, pengguna boleh mengakses aplikasi yang berbeza dengan pantas (Touch n’ Go, TikTok, Instagram dan banyak lagi), menukar mod bunyi, menghidupkan lampu suluh dan sebagainya.

Selain itu, realme 12 5G akan hadir dengan skrin paparan Sunlight Display berukuran 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kecerahan 950nits, cip Dimensity 6100+, 6GB atau 8GB RAM, 256GB atau 512GB storan dalaman, sensor utama 108MP dan sensor potret 2MP. Kamera selfie adalah 8MP.

Seterusnya , realme 12 5G juga akan memiliki bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W SUPERVOOC dan realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14.

realme 12 5G kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,099 (6/256GB) dan RM 1,299 (8/512GB) di Lazada, Shopee dan TikTok Shop.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.