Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x 5G kini ditawarkan di Malaysia – promosi jualan awal eksklusif

iQOO secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar iQOO Z9 Series yang kini telah mula dibuka untuk jualan awal di Malaysia.

Bagi pasaran Malaysia, iQOO Z9 Series ini terdiri daripada dua model iaitu iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x 5G dengan spesifikasi dan cipset yang berbeza.

iQOO Z9 5G hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 144Hz manakala iQOO Z9x 5G pula hadir dengan skrin paparan IPS berukuran 6.72-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kamera selfie 8MP.

Bercakap mengenai cipset, Z9 5G dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 3 manakala Z9x 5G tampil dengan cipset Snapdragon 6 Gen 1. Kedua model memiliki 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehinga 256GB jenis UFS 2.2.

Ke bahagian kamera, iQOO Z9 5G tampil dengan sensor 50MP LYT-600 bersama sensor ultrawide 8MP dan sensor depth 2MP serta kamera selfie 16MP. iQOO Z9x 5G pula hadir dengan sensor 50MP dan sensor depth 2MP.

Pada bahagian bateri, kedua-dua model ini menampilkan bateri berkapasiti 6,000mAh namun iQOO Z9 hadir dengan pengecasan pantas 80W manakala iQOO Z9x menampilkan pengecasan 44W. Kedua model juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP64 dan FuntouchOS 14.

iQOO Z9 5G dan iQOO Z9x kini dibuka untuk jualan di Shopee, Lazada dan TikTok Shop.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.