Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme P1 dan realme P1 Pro dilancarkan secara rasmi

realme secara rasminya telah memperkenalkan dua model pertama realme P-Series iaitu realme P1 dan realme P1 Pro.

realme P1 dan P1 Pro tampil dengan skrin paparan AMOLED FHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar sevar semula 120Hz yang menawarkan kecerahan 2,000nits , sensor kamera 16MP dan sensor capjari dalam skrin. P1 Pro tampil dengan paparan curved manakala P1 memiliki paparan flat.

Beralih kepada bahagian dalaman, realme P1 dikuasakan cip Dimensity 7050 bersama 6/8GB RAM dan storan dalaman 128/256GB manakala realme P1 Pro hadir dengan cipset Snapdragon 6 Gen 1 bersama 8GB RAM dan storan 128GB atau 256GB.

Seterusnya, kedua model realme P-Series ini dilengkapi sensor utama 50MP LYT600 (OIS) yang mana P1 Pro disertakan sensor ultrawide 8MP dan sensor makro 2MP manakala P1 hanya mempunyai tambahan sensor monokrom 2MP.

Dalam pada itu, realme P1 Series ini membawakan antaramuka realme UI 5.0 yang berasaskan Android 14, penarafan IP65 dan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W SuperVOOC.

realme P1 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu  Phoenix Red dan Peacock Green pada harga dari INR 15,999 (RM 919) manakala realme P1 Pro akan ditawarkan didalam warna Phoenix Red dan Parrot Blue pada harga dari INR 21,999 (RM 1,263).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.