Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Snapdragon X Plus dilancarkan untuk komputer riba dengan kemampuan NPU terbaik dunia

Qualcomm secara rasminya telah memperkenalkan cipset Snapdragon X Plus untuk komputer riba susulan pelancaran Snapdragon X Elite sebelum ini.

Snapdragon X Plus memiliki 10 teras Oryon CPU pada kelajuan 3.4GHz bersama kapasiti RAM sehingga 64GB dengan bandwith 135 GB/s.

Selain itu, X Plus juga memiliki NPU 45 TOPS yang mana Qualcomm mendakwa bahawa ianya adalah NPU terpantas didunia untuk komputer riba dan ianya dijangka mampu menawarkan prestasi terbaik, jangka hayat bateri lebih lama dan kemampuan AI.

Selain itu, CPU Oryon  yang digunakan X Plus memberikan prestasi 37% lebih pantas berbanding beberapa pesaing yang tidak dinamakan, sementara juga menggunakan sehingga 54% kurang kuasa.

Cip ini juga menyokong LPDDR5x, mempunyai jumlah cache 42MB, dan dibina pada proses 4nm. X Plus juga menyokong 3 paparan luaran semuanya pada 4K HDR (tetapi pada maksimum 60 Hz), dan ia dilengkapi dengan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, ISP kamera canggih dan audio lossless.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.