Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11 Pro Series disahkan akan tiba ke pasaran global

realme 11 Pro Series

realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa realme 11 Pro Series akan dilancarkan untuk pasaran global tidak lama lagi.

realme 11 Series baru dilancarkan pada awal bulan ini dipasaran China dan terdapat tiga model yang diperkenalkan iaitu realme 11, realme 11 Pro dan realme 11 Pro+.

Memandangkan realme dengan jelas mengesahkan bahawa pelancaran global hanya melibatkan realme 11 Pro Series maka kita akan melihat realme 11 Pro dan realme 11 Pro+ memasuki pasaran antarabangsa yang termasuk pasaran Malaysia.

Tumpuan sudah pastinya terarah kepada realme 11 Pro+ yang akan tampil dengan beberapa ciri kelas flagship seperti sensor 200MP dengan OIS dan SuperZoom, pengecasan pantas 100W dan cip Dimensity 7050.

Laporan penuh mengenai pelancaran realme 11 Series boleh dibaca dipautan dibawah :

realme 11 Pro dan realme 11 kini rasmi dengan sensor 100MP dan skrin OLED – harga serendah RM 1,026

realme 11 Pro+ rasmi dengan sensor 200MP dan pengecasan pantas 100W

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.