Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Elephone menawarkan P6000 Pro, S2 & Trunk dengan potongan RM 150 melalui Lazada

Kempen Online Revolution Lazada yang bakal berakhir didalam masa beberapa hari sahaja lagi dijangka akan menyaksikan lebih banyak syarikat tampil menawarkan produk mereka dengan harga penjualan yang lebih murah.

Elephone jenama telefon pintar yang baru mula memasuki pasaran Malaysia juga dilihat tidak mahu ketinggalan didalam menawarkan telefon pintar mereka melalui Lazada Malaysia.

Elephone akan menawarkan tiga model telefon pintar terbaru mereka iaitu Elephone P6000 Pro, Elephone S2 dan Elephone Trunk.

IMG_5374

Bercakap mengenai Elephone P6000 Pro, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan IPS 720p berukuran 5.0-inci, pemproses MediaTek MT6735 berkelajuan 1.3GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,700mAh.

Selain itu, Elephone P6000 Pro ini juga hadir dengan kamera utama 13MP daripada Samsung, kamera selfie 2MP, sokongan dwi-SIM, Slot microSD( menyokong tambahan 128GB memori) dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Elephone P6000 Pro mempunyai harga penjualan asal RM 649 namun sempena penjualan Online Revolution ini anda boleh mendapatkanya  pada harga RM 499 dengan menggunakan kod bauchar ini : Elephone150 (diskaun RM 150).

Beli Elephone P6000 Pro di SINI

IMG_5375

Model kedua yang kami ingin perkatakan adalah, Elephone S2, telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan berukuran 5.0-inci dengan resolusi 1280×720 dan kepadatan piksel 294ppi, pemproses MediaTek MT6735, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,100mAh.

Selain itu, Elephone S2 juga hadir dengan kamera utama 13MP, kamera selfie 2MP, slot microSD, sokongan dwi-SIM dan mempunyai kenipisan hanya 6.8mm.

Elephone S2 ditawarkan didalam satu warna sahaja itiu warna biru pekat dan ianya hadir dengan harga penjualan asal RM 639 namun akan ditawarkan melalui Lazada dengan harga RM 489 apabila anda menggunakan kod Ini : Elephone150.

Beli Elephone S2 di SINI

elephone p6000 pro lazada

Beralih kepada model terakhir yang ditawarkan oleh Elephone iaitu Elephone Trunk.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 5.0-inci (294ppi), pemproses Qualcomm Snapdragon 410 berkelajuan 1.2GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman 16GB dan bateri berkapasiti 2,100mAh.

Selain itu, Elephone Trunk juga memiliki kamera utama 13MP, kamera selfie 2MP, slot microSD dan sokongan dwi-SIM.

Elephone Trunk ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih dengan harga penjualan istimewa RM 449 selepas anda menggunakan kod bauchar : Elephone150

Beli Elephone Trunk di SINI

Ketiga-tiga model ini akan mula dijual dari pukul 12 tengah malam ini dan kod yang kami sertakan ini hanya boleh diguna mulai esok.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.