Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ZTE Blade A711 kini dibuka untuk tempahan di Lazada Malaysia

zte blade a711 lazada malaysia preoder

ZTE Blade A711 kini secara rasminya ditawarkan di Malaysia dengan tempahan bagi telefon pintar ini kini telah dibuka melalui Lazada Malaysia.

ZTE Blade A711 hadir dengan reka bentuk yang berasaskan keluli yang sangat premium namun harga penjualan model ini hanyalah RM 699

  • Tekan di SINI untuk membeli ZTE Blade A711

Dari segi spesifikasi pula, ZTE Blade A711 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses 64-bit Qualcomm Snapdragon 615 berkelajuan 1.5GHz, 2GB RAM , 16GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh.

Selain itu, ZTE Blade A711 turut hadir dengan sensor capjari pada bahagian belakang yang turut mempunyai fungsi sampingan lain seperti butang untuk menangkap gambar selfie.

Beralih kepada kamera pula, ZTE Blade A711 turut hadir dengan kamera utama 13MP dengan Sensor BSI dan teknologi kamera ZTE yang dikenali sebagai NeoVision 5.0. kamera hadapan telefon pintar daripada ZTE ini adalah 5MP.

  • Tekan di SINI untuk membeli ZTE Blade A711

Selain itu, ZTE Blade A711 juga hadir dengan slot microSD ( menyokong sehingga 128GB), sokongan dwi-SIM, Android 5.1 Lollipop, pembesar suara Audio dengan DTS & SRS dan jaminan waranti selama 12 bulan dari ZTE Malaysia.

Tempahan bagi ZTE A711 kini dibuka dan penghantaran bagi telefon pintar ini akan dihantar pada 18 Disember.

tempahan boleh dilakukan disini : Lazada Malaysia

zte blade a711 lazada malaysia preoder-1 zte-blade-a711-lazada-malaysia-preoder-3zte blade a711 lazada malaysia preoder-2

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.