Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Penjualan Lazada Online Revolution bermula hari ini – diskaun hebat

lazada_online_revolution
Penjualan tahunan atas talian yang dianjurkan Lazada iaitu Online Revolution 2015 kembali lagi dan kali ini penjualan pasti lebih besar.

Penjualan ini akan berlangsung selama sebulan dari 11 November sehingga 12 Disember.

Tahun ini, penjualan Lazada Online Revolution meliputi kesemua produk dan gadget elektronik dengan diskaun sehingga 98%.

Antara jenama yang menyertai penjualan Lazada ini adalah Microsoft, Philips, Morgan, Tefal, Bayer, MamyPoko, Drypers, Nike, Puma, Crocs, Converse, Scholl, Lenovo, Huawei Honor, Meizu, Samsung, Apple, Xiaomi, Casio, Speedo, Samsonite, American Touristers, JBL, Bosch, Sports Direct, Calvin Klein, SK­ll dan Dermalogic

Selain penjualan dengan tawaran yang hebat ini, Lazada juga akan menganjurkan beberapa pertandingan di laman rasmi dan juga pertandingan berasingan khusus kepada pengikut akaun media sosial Lazada .

Antara pertandingan yang dianjurkan adalah ‘Spin The Wheel Deal’ dengan peluang memenangi bauchar sehingga RM 500 setiap hari.

Selain itu, bagi anda yang berminat untuk memiliki telefon pintar atau tablet baru, ini mungkin merupakan masa yang sesuai untuk anda memiliki peranti kegemaran anda pada harga yang rendah. Jumlah unit yang ditawarkan adalah rendah dan penjualan kilat ini akan bermula setiap dua jam pada hari ini. Anda boleh melihat maklumat penuh mengenai penjualan eksklusif ini disini > Lazada Online Revolution

Antara model yang ditawarkan pada penjualan kilat ini adalah Redmi 2, Asus ZenFone Go, Microsoft Lumia 430, Xiaomi Mi Band dan Asus Zenpad C 7.0.

honor-lazada

Selain itu, bagi anda yang berminat memiliki Peranti Honor daripada Huawei, anda juga boleh menyambar peranti Honor kegemaran anda melalui Lazada dan anda boleh menggunakan kod khas : ONLINEREVOT3 untuk mendapatkan diskaun tambahan 10% ( diskaun maksimum RM 50).

Anda juga boleh menggunakan kod HONOR100 untuk pembelian Huawei Honor 7 yang akan ditawarkan dengan satu perkakas perlindungan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.