Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Digi kini menawarkan aiskrim McD dan data Youtube percuma melalui MyDigi app!

mydigi 01Digi kini menawarkan aiskrim McD dan data Youtube percuma melalui MyDigi app!

Kepada semua pelanggan Digi yang menggunakan aplikasi MyDigi di telefon pintar anda, anda kini boleh mendapatkan Aiskrim Sundae daripada MacDonald secara percuma melalui aplikasi ini!

Ini adalah ganjaran daripada Digi dan anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Anda hanya perlu menunjukkan baucar daripada aplikasi MyDigi di kaunter McDonald untuk mendapatkannya.

Tawaran ini hanya boleh digunakan pada kaunter biasa McDonald sahaja, manakala kaunter drive-thru tidak mempunyai promosi ini.

Untuk menuntut baucar ini, anda perlu log masuk ke aplikasi MyDigi dan menekan butang MyRewards untuk mendapatkannya.

mydigi 02Di samping itu, pengguna Digi turut ditawarkan data tanpa had bagi penggunaan Youtube untuk hari ini (Februari 14, 2017).

Ini bermakna dari pukul 12am hingga 11.59pm hari ini, anda boleh mengguna Youtube sepuas-puasnya melalui apps, browser serta membuka hotspot kepada peranti lain.

Promosi ini ditawarkan kepada semua pelanggan Digi kecuali pengguna untuk pelan di bawah:

-Happy Broadband (Prepaid)
-Happy Internet (Prepaid)
-Prepaid Broadband (Prepaid)
-Prepaid Broadband – Starter Pack (Prepaid)
-Prepaid Internet (Prepaid)
-Prepaid Internet – 1Malaysia (Prepaid)
-Prepaid Internet (Prepaid)
-Prepaid Broadband Mampu Milik (Prepaid)
-M2M Plan (Postpaid)
-Data-only Sim (Postpaid)

Jika anda masih belum menggunakan aplikasi MyDigi, anda boleh muat turun ia di digi.my/mydigiapp untuk telefon pintar iOS dan Android.

SUMBER RUJUKAN

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.