Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Lazada akan menawarkan Nexus 6P dengan 25% diskaun pada 12 Disember ini

lazada-online-revolution-sale-12.12

*pihak Lazada Malaysia telah menghubungi kami dan mengesahkan bahawa terdapat kesilapan pada iklan ini dan Lazada tidak akan menawarkan diskaun 25% bagi Nexus 6P ini. Harap maklum

Kempen Online Revolution daripada Lazada akan berakhir pada 12 Disember ini dan sebagai penutup kepada kempen tahunan ini , Lazada akan menawarkan diskaun lebih hebat bagi tiga hari terakhir dan akan menawarkan 12 produk terbaru pada harga penjualan yang lebih menarik pada 12 Disember 2015.

Salah satu penjualan yang akan berlangsung pada 12 Disember ini adalah Nexus 6P daripada Huawei yang baru sahaja dilancarkan oleh Huawei dengan harga penjualan RM 2,698.

Lazada turut menjadi salah satu rakan penjualan rasmi Nexus 6P ini selain vmall dan tawaran 25% pada 12 Disember ini adalah sesuatu yang tidak harus dilepaskan khususnya kepada peminat telefon pintar Nexus ini.

Buat masa ini tiada sebarang maklumat akan jumlah unit yang akan ditawarkan dengan harga penjualan istimewa ini dan adakah ianya juga akan mendapat Google ChromeCast secara percuma.

Dengan diskaun 25%, ini bermaksud Nexus 6P daripada Huawei ini akan ditawarkan pada harga RM 2,023.50 iaitu potongan RM 674.50.

beli Nexus 6P dari Lazada di SINI

Google Nexus 6P daripada Huawei ini ditawarkan didalam dua warna iaitu warna perak dan kelabu dengan memori simpanan dalaman 64GB.

Selain Nexus 6P, Lazada juga akan menawarkan diskaun bagi Googl e ChromeCast, Alcatel Touch 2, GoPro Hero 4, Acer Chromebook 11 dan banyak lagi. Berikut adalah 12 produk yang akan ditawarkan pada harga istimewa pada 12 Disember ini.

nantikan penjualan ini pada 12 Disember ini. maklumat lanjut boleh anda lihat di SINI

Lazada 12 Hottest Deals

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.