Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S7 edge dengan storan 128GB kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3399

Samsung-Galaxy-S7-Edge-Pearl-Black-1Samsung Galaxy S7 edge dengan storan 128GB kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM3399

Kebanyakan pengguna telefon pintar menghadapi masalah kekurangan storan pada peranti mereka.

Masalah ini juga muncul di Samsung Galaxy S7 edge sebab peranti ini hanya mempunyai storan 32GB sahaja.

Kini, Samsung telah memperkenalkan Galaxy S7 edge dengan pilihan warna Black Pearl di Malaysia yang hadir dengan pilihan storan bersaiz sehingga 128GB.

Perbezaan Versi “Black Pearl” ini dengan Galaxy S7 edge yang lain adalah ia hadir dengan rekaan panel belakang dan sisi yang menggunakan hitam berkilat. Ciri-ciri yang lain adalah sama seperti apa yang terdapat di Galaxy S7 Edge lain yang dilancarkan sebelum ini.

Samsung Galaxy S7 Edge “Black Pearl” ini kini ditawarkan secara rasmi di pasaran tempatan pada harga RM3399.

Selain itu, Samsung Malaysia turut menawarkan Galaxy Note 5 dengan storan 64GB pada harga RM2399.

Di samping itu, Samsung Malaysia juga mengadakan promosi dari 19 Disember 2016 hingga 19 Februari 2017. Dalam promosi ini, Samsung Malaysia akan memberi diskaun sebanyak RM300 kepada pelanggan yang membeli Galaxy S7 dan S7 edge pada tempoh masa promosi yang terhad ini di kedai-kedai Samsung dalam Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Samsung Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.