Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Pad X9 akan ditawarkan mulai 25 Ogos ini pada harga RM 1,099

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa Honor Pad X9 yang diumumkan ketika pelancaran Honor 90 5G akan mula ditawarkan di Malaysia bermula 25 Ogos ini.

Honor Pad X9 memiliki skrin paparan LCD berukuran 11.5-inci dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 2K. Ianya akan dijana cip Snapdragon 685, 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Tablet ini juga memiliki sensor 5MP dibahagian dan belakang, 6 pembesar suara, bateri 7,250mAh dengan pengecasan 22.5W, antaramuka MagicOS 7.1 yang berasaskan Android 13 dan ciri Multi-screen Collaboration.

Selain itu, Honor Pad X9 ini turut menyokong rangkaian LTE, Wi-Fi 5 dan Bluetooth 5.1

Honor Pad X9 akan ditawarkan pada harga RM 1,099 dan setiap pembelian akan turut menerima Smart Bluetooth Keyboard bernilai RM 299 secara percuma.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.