Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno10 5G dan Reno10 Pro 5G turut dilancarkan – dari RM 1,799

Selain OPPO Reno10 Pro+ 5G, OPPO juga telah memperkenalkan Reno10 5G dan Reno10 Pro 5G pada harga yang lebih berpatutan iaitu dari RM 1,799 sahaja.

OPPO Reno10 Pro 5G

OPPO Reno10 Pro 5G tampil dengan skrin paparan OLED 3D Curved Screen berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz.

Telefon pintar ini juga dikuasakan cip  Qualcomm  Snapdragon  778G, 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan ColorOS 13.1 yang berasakan Android 13.

Selain itu, Reno10 Pro 5G menampilkan penggunaan tiga sensor kamera yang terdiri daripada sensor utama 50MP dengan OIS, sensor telefoto 32MP dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Reno10 Pro 5G juga memiliki bateri berkapasiti 4,600mAh dengan pengecasan pantas 80W SUPERVOOC.

Akhir sekali, OPPO Reno10 Pro 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Glossy Purple dan Silvery Grey pada harga RM 2,199.

Pra-tempahan OPPO Reno10 Pro 5G kini dibuka iaitu dari 6 Julai sehingga 14 Julai dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 506 yang termasuk Enco Buds2, Bluetooth Speaker dan pelan OPPO Care.

OPPO Reno10 5G

OPPO Reno10 5G tampil dengan skrin paparan AOLED 3D Curved Screen berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz (1080×2412)

Telefon pintar ini juga dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7050 , 12GB RAM, storan dalaman 256GB dan ColorOS 13.1 yang berasakan Android 13.

Selain itu, Reno10 5G menampilkan penggunaan tiga sensor kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP dengan OIS, sensor telefoto 32MP dan sensor ultrawide 8MP. Kamera selfie adalah 32MP.

Seterusnya, Reno10 5G juga memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC.

Akhir sekali, OPPO Reno10 5G akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Ice Blue dan Silvery Grey pada harga RM 1,799.

Pra-tempahan OPPO Reno10 Pro 5G kini dibuka iaitu dari 6 Julai sehingga 14 Julai dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM 238 yang termasuk Bluetooth Speaker dan pelan OPPO Care.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.