Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V30e 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

Vivo secara rasminya telah memperkenalkan vivo V30e 5G di Malaysia pada harga RM 1,399 sahaja.

Vivo V30e 5G tampil dengan ciri Aura Light Portrait 3.0 serta reka bentuk yang ramping dan melengkung bersama modul kamera yang diinspirasikan dari reka bentuk jam tangan mewah.

Terus ke spesifikasi, vivo V30e 5G ini hadir dengan skrin paparan 3D curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, vivo V30e dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 1, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Ianya juga membawakan 8GB Extended RAM dan antaramula Funtouch OS 14.

Seterusnya, vivo V30e 5G ini memiliki sensor utama Sony Ultra Sensing 50MP , sensor ultrawide 8MP dan Aura Light Portrait 3.0. Kamera selfie adalah 32MP.

Dalam pada itu, vivo V30e juga dilengkapi bateri 5,500mAh dengan teknologi FlashCharge 44W yang mampu mengekalkan lebih daripada 80% kapasiti walaupun selepas empat tahun digunakan.

Lain-lain spesifikasi vivo V30e ini adalah penarafan IP64, sensor capjari dalam skrin dan berat hanya 179 gram.

vivo V30e 5G kini ditawarkan pada harga RM1399 (versi 16/256GB) didalam pilihan warna iaitu Coco Brown dan Sky Mirror.

vivo V30e 5G kini buka untuk pra- tempahan dengan hadiah percuma seperti berikut :

  • vivo care – waranti lanjutan 1 tahun
  •  vivo care – skrin perlindungan 1 tahun
  •  Pembesar suara Bluetooth
  • Pemegang aluminium boleh lipat

Pelanggan yang membuat pembelian pada 4 Mei, 2024 di mana mana kedai konsep vivo akan diberikan naik taraf storan secara percuma pada kuantiti yang terhad bernilai sehingga RM200. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.