Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor X5 Plus turut dilancarkan dengan skrin 90Hz dan cip Helio G36 – RM 449

 

Selain Honor X6a, Honor Malaysia juga telah mula menawarkan satu lagi telefon pintar Honor X Series iaitu Honor X5 Plus pada harga RM 449 sahaja.

Telefon pintar ini hadir dengan skrin paparan TFT LCD 90Hz berukuran 6.56-inci dengan resolusi HD+, cip  MediaTek Helio G36, 4GB RAM, 64GB storan dalaman dan Magic OS 7.1 yang berasaskan Android 13. Ianya turut memiliki sensor utama 50MP bersama sensor depth dan sensor makro serta kamera selfie 5MP.

Selain itu, Honor X5 Plus juga dilengkapi bateri 5,200mAh dengan pengecasan 10W.

HONOR X5 Plus kini ditawarkan didalam satu pilihan warna iaitu Cyan Lake pada harga RM 449 (4GB/64GB).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.