Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Knox Vault – ciri keselamatan flagship yang paling inovatif dipasaran kini ditawarkan pada Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G

Tahun ini, Samsung membawakan salah satu ciri keselamatan flagship yang paling inovatif dipasaran iaitu Samsung Knox Vault kepada pengguna Galaxy A Series buat kali pertama iaitu pada Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G yang telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini.

Penyelesaian keselamatan berasaskan perkakasan ,Samsung Knox Vault menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap serangan perkakasan dan perisian dengan membina persekitaran pelaksanaan selamat yang diasingkan secara fizikal daripada pemproses dan memori utama sistem. Ia membantu melindungi data paling kritikal pada peranti, termasuk kunci skrin seperti kod PIN, kata laluan dan pattern.

Selain itu, Samsung Knox Vault juga melindungi kunci penyulitan peranti, menyulitkan data peribadi pengguna yang disimpan dalam peranti yang bermaksud hanya pengguna yang mempunyai kod akses yang betul boleh mengakses data mereka, walaupun peranti itu hilang atau dicuri.

Selain itu, Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G juga dilindungi oleh Samsung Knox, platform keselamatan berbilang lapisan Galaxy yang merupakan salah satu platform keselamatan yang paling dipercayai di dunia, Samsung Knox direka untuk melindungi maklumat kritikal daripada kelemahan dengan perkakasan selamat hujung ke hujung, pengesanan ancaman secara langsung dan perlindungan kolaboratif, mengambil pendekatan holistik merentasi keseluruhan ekosistem Galaxy .

Untuk lebih memastikan pengguna kekal dilindungi,  Galaxy A Series juga menawarkan Auto Blocker, pakej langkah keselamatan tambahan. Apabila diaktifkan, Auto Blocker mampu menyekat pemasangan aplikasi daripada sumber yang tidak dibenarkan, menyediakan semakan keselamatan aplikasi untuk mengimbas kemungkinan perisian hasad dan menyekat arahan serta pemasangan perisian yang berbahaya pada peranti anda semasa disambungkan melalui kabel USB.

Pengguna Galaxy A Series baharu juga akan mempunyai akses kepada Galaxy Security and Privacy Dashboard, menjadikannya lebih mudah melihat dan mengawal perkara yang berlaku pada data mereka dan menarik balik sebarang kebenaran apabila mereka memilih.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati Private Sharing (sebahagian daripada Quick Share), yang membolehkan perkongsian selamat dan disulitkan bagi fail peribadi yang mengandungi maklumat peribadi atau kewangan yang penting. Untuk memastikan kerahsiaan, pengguna boleh mengawal kebenaran akses penerima dan tarikh tamat tempoh fail, sambil turut memilih untuk menghadkan tangkapan skrin atau muat turun.

Telefon pintar Galaxy A Series baharu ini menunjukkan komitmen Samsung untuk memastikan peranti Galaxy kekal selamat dan dikemas kini lebih lama.

Untuk itu, Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G akan terus mendapat manfaat daripada sehingga empat generasi OS Android dan One UI serta kemas kini keselamatan sehingga lima tahun, mengoptimumkan kitaran hayat peranti dengan memastikan peranti tersebut dilengkapi dengan semua ciri Galaxy yang terkini.

Dapatkan Samsung Galaxy A55 5G dan Galaxy A35 5G pada harga yang bermula dari RM 1,699 di Samsung Malaysia Online Store melalui pautan dibawah : 

Samsung Galaxy A35 5G

Samsung Galaxy A55 5G

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.