Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HUAWEI Pura 70 Series kini di buka untuk pra-tempahan di Malaysia – dari RM 3,699

HUAWEI Malaysia telah membuat pengumuman mengejut dengan mengesahkan bahawa telefon pintar flagship terbaru syarikat ini iaitu HUAWEI Pura 70 Series kini telah dibuka untuk pra-tempahan.

HUAWEI Pura 70 Series terdiri daripada tiga model iaitu  HUAWEI Pura 70,  HUAWEI Pura 70 Pro dan HUAWEI Pura 70 Ultra yang masing-masing ditawarkan pada harga RM 3,699, RM 4,899 dan RM 6,599.

Selain itu, HUAWEI Pura 70 akan ditawarkan didalam pink, white, dan black manakala Pura 70 Pro ditawarkan didalam warna white dan black. Pura 70 Ultra pula tampil didalam warna green, brown, dan black.

Seterusnya, HUAWEI juga menawarkan hadiah percuma bernilai melebihi RM 2,000 dengan pra-tempahan HUAWEI Pura 70 Series di laman rasmi HUAWEIlaman rasmi HUAWEI dan HUAWEI Experince Store dari 2 Mei sehingga 24 Mei 2024.

Akhir sekali, HUAWEI juga menawarkan rebat trade-in bagi pelanggan yang membuat pra-tempahan dimana anda boleh menikmati rebat RM 300 bagi pembelian Pura 70 Pro dan rebat RM 500 bagi pembelian Pura 70 Ultra.

Untuk previu eksklusif HUAWEI Pura 70 Series, daftar di SINI

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.