Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Note 50 kini rasmi di Malaysia – harga dari RM 349

realme secara rasminya telah mengumumkan telefon pintar realme Note 50 untuk pasaran Malaysia pada harga dari RM 349 sahaja.

realme Note 50 tampil dengan skrin papada LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi 720p dan kadar segar semula 90Hz. Ianya dikuasakan cip Unisoc T612, 4GB RAM dan storan dalaman 64GB atau 128GB.

Selain itu, Note 50 ini juga memiliki sensor utama 13MP bersama sensor sampingan 0.08MP dan kamera selfie 8MP. Ianya juga memiliki sensor capjari pada bahagian sisi dan mempunyai penarafan IP54.

Dalam pada itu, Note 50 juga disertakan dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas 10W, realme T UI yang berasaskan Android 13 Go dan jaminan 48-month fluency protection.

Sempena Raya, realme Note 50 akan ditawarkan pada harga RM 299 (RRP RM 349) bagi versi 4/64GB secara eksklusif di Shopee manakala versi 4/128GB akan ditawarkan pada harga RM 399.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.