Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR akan ditawarkan di stor HONOR bermula 5 Mei ini – RM 7,499

HONOR Malaysia telah mengesahkan bahawa PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR yang dinanti-nantikan akhirnya boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih mulai 5 Mei termasuk di stor terbaru HONOR The Exchange TRX yang akan dirasmikan pada Ahad ini.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR telah dilancarkan bulan Mac yang lalu yang pada mulanya,  hanya boleh ditawarkan melalui pembelian secara jemputan eksklusif memandangkan telefon pintar mewah ini bernilai RM 7,499.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic 6 RSR (24GB/1TB) ini ditawarkan dalam dua warna menawan Agate Grey and Frozen Berry. Warna Frozen Berry adalah merah jambu yang menyamai Porsche Taycan, kereta sport elektrik pertama Porsche.

Telefon pintar inovatif ini menampilkan sensor kamera Super Dynamic HONOR Falcon Camera H9800 yang disesuaikan untuk merakam foto dan video menakjubkan walaupun di keadaan pencahayaan yang mencabar. Ia membawa fotografi mudah alih ke tahap baru dengan sensor HDR LOFIC termaju dan Sistem Autofokus Matriks LiDAR yang diilhamkan oleh teknologi pemanduan berautonomi.

Selain PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR, telefon boleh lipat PORSCHE DESIGN HONOR V2 RSR juga boleh didapati di HONOR Experience Store terpilih. Telefon boleh lipat ini didatangi dengan RAM 16GB dan storan 1TB dan dijual pada harga RM10,999.

Sementara itu, hadiah cabutan bertuah menarik bernilai sehingga RM35,000 menanti pembeli di HONOR Experience Store di The Exchange TRX pada Ahad ini.

Pemenang hadiah utama akan membawa pulang HONOR Magic6 Pro. Hadiah menarik lain termasuk mesin kopi Nescafe, robot pembersih hampagas HONOR dan pembesar suara Bluetooth HONOR.

Pembelian produk melebihi RM1,000 dalam satu resit layak mendapat satu peluang cabutan bertuah. Manakala pembeli HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 akan menerima dua penyertaan cabutan bertuah. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Bukan itu sahaja, hadiah cenderahati turut akan diberikan kepada 200 pelanggan pertama yang mengunjungi stor tersebut pada Ahad ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.