Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Video buka kotak Realme 5 Pro Malaysia – dilancarkan bulan hadapan

Realme 5 Pro Malaysia hand-on unboxing video

Realme Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa Realme 5 Pro akan dilancarkan di Malaysia bulan hadapan.

Ini adalah Video buka kotak Realme 5 Pro yang akan dilancarkan di Malaysia bulan hadapan.

Realme 5 Pro 

Realme 5 Pro hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dari Realme 5 namun lebih berkuasa.

Realme 5 Pro memiliki skrin paparan yang lebih kecil dengan berat keseluruhan adalah 15% lebih ringan.

Realme 5 Pro hadir dengan skrin paparan mini-drop 19:5:9 berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ dan bateri berkapasiti 4,035mAh.

Realme 5 Pro memiliki pemproses Snapdragon 712 yang dipadankan dengan tiga konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4/64GB, 6/64GB, dan 8/128GB.

Realme 5 Pro juga memiliki tetapan 4 kamera yang sama seperti Realme 5 namun sensor utama Realme 5 Pro adalah sensor 48MP Sony IMX586 manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.0.

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan teknologi Quad-Camera

Buat pertama kali dalam sejarah Realme, Realme 5 Pro ditawarkan dengan slot USB-C yang mana ianya menyokong pengecasan 20W VOOC 3.0.

Realme 5 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru kristal dan hijau kristal

Realme 5 dan Realme 5 Pro dijangka akan memasuki pasaran Malaysia bulan hadapan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.