Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple bakal perkenal generasi baharu iPad Air dan iPad Pro pada 7 Mei ini

Apple secara rasminya telah mengesahkan majlis pelancaran produk pada 7 Mei ini yang akan menyaksikan generasi baharu iPad diperkenalkan.

Pada majlis pelancaran ini, Apple dijangka akan memperkenalkan generasi baharu iPad Pro dan iPad Air bersama-sama Apple Pencil baharu.

Menariknya, Apple dilaporkan akan beralih kepada panel OLED bagi iPad Pro yang akan ditawarkan didalam dua saiz iaitu 11-inci dan 13-inci manakala iPad Air pula akan tampil dengan penggunaan panel Mini LED bersaiz 10.9-inci dan 12.9-inci.

Selain itu, Apple Pencil yang baharu dijangka akan tampil dengan ciri squeeze gesture dan Magic Keyboard dengan chasis aluminium yang lebih kukuh dan trackpad yang lebih luas.

Majlis pelancaran ini akan berlangsung pada 7 Mei ini bermula jam 10 malam waktu Malaysia.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.