Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan teknologi quad-kamera

Realme Logo Malaysia

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan teknologi quad-kamera

Realme, satu jenama telefon pintar baru yang boleh dianggap sebagai masih ‘muda’ kini sudah mula menempah nama didalam industri telefon pintar yang sangat berdaya saing.

Walaupun baru setahun berada dipasaran, tahap kompetitif Realme tidak boleh dipersoalkan sesuai dengan slogan syarikat iaitu ‘Dare To Leap’.

Inovasi terbaru Realme adalah loncatan ke telefon pintar dengan teknologi Quad-Kamera yang mana sebanyak dua model telefon pintar terbaru Realme telah dilancarkan dengan teknologi kamera ini.

Penawaran teknologi quad-kamera atau 4 kamera dibahagian belakang bukanlah sesuatu yang baru di pasaran namun kebolehan Realme untuk menawarkan telefon pintar ini pada tahap harga yang kompetitif adalah sesuatu yang patut dipuji.

Kedua-dua telefon pintar Realme yang baru ini juga telah mengguna pakai teknologi pemproses terbaru pada Qualcomm yang merupakan pengeluar cip pemprosesan telefon pintar terkemuka didunia.

Realme 5 Pro Malaysia

Kembali ke bahagian kamera, Realme telah menyertakan 4 sensor kamera yang mempunyai fungsi berlainan dan ianya boleh dikatakan meliputi semua aspek keperluan fotografi tidak kira anda hanya pengguna biasa mahupun profesional.

4 sensor kamera yang disertakan adalah satu sensor utama 48MP Sony IMX586, sensor kanta lebar untuk fotografi lebih luas, sensor potrait yang membolehkan pengambilan gambar potrait yang lebih sempurna dan sensor makro.

1. Sensor Sony 48MP IMX586 merupakan sensor utama telefon pintar terbaru Realme ini dan ianya membolehkan anda pengambilan gambar pada kualiti terbaik didalam segmen harga ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil melalui sensor utama 48MP Sony IMX586

Realme 5 Pro malaysia Realme 5 Pro Malaysia Realme 5 pro shot on Realme

2. Ingin memuatkan ‘lebih banyak’ didalam satu gambar?, Realme kini menawarkan lensa kanta lebar yang memberikan keluasan pandangan sehingga 119 darjah yang membolehkan anda memgambil gambar landskap mahupun gambar kumpulan yang lebih ramai. Lebih menarik, kanta lebar ini turut boleh digunakan bersama mod penggambaran malam Nightscape.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil melalui sensor Kanta lebar

Realme 5 Pro wide angle

Realme 5 Pro wide angle lens

3. Fotografi potrait telah lama ditawarkan pada industri telefon pintar dengan tujuan utama adalah menyerlahkan personaliti dan gaya seseorang. Lensa portrait pada telefon pintar Realme ini hadir dengan sistem ‘filter’ yang unik, pelarasan perisian dan pendedahan cahaya yang memberikan nafas baru bagi fotografi portrait.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil melalui sensor Portrait 

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan teknologi quad-kamera 7

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan teknologi quad-kamera 8

4. Lensa keempat dan yang terakhir pada telefon pintar Realme ini adalah lensa makro yang menawarkan satu lagi aspek fotografi professional yang membolehkan anda melakukan explorasi dunia yang lebih kecil. Lensa makro ini mempunyai panjang fokus 4cm dengan aperture f/2.4.

Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 Pro macro lens

Produk baru Realme dengan teknologj quad-kamera ini mampu menawarkan pengguna satu pakej fotografi yang boleh digunapakai pada semua situasi tidak kira waktu siang, malam, memgambil portrait, landskap mahupun makro.

Realme bakal melancarkan telefon pintar dengan teknologi quad-kamera 9

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan promosi terbaru Realme, pastikan anda mengikuti laman Facebook Realme atau Instagram di @realmalaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.