Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 5 dan Realme 5 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Oktober 2019

Realme 5 dan Realme 5 Pro malaysia
Realme secara rasminya telah mengesahkan bahawa Realme 5 dan Realme 5 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 3 Oktober iniZ

Siri Realme 5 merupakan model pertama Realme untuk hadir dengan tetapan quad-kamera dibelakang.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Bercakap mengenai Realme 5, ianya hadir dengan skrin paparan mini-drop HD+ berukuran 6.5-inci dengan nisbah 20:9 (720×1600), pemproses Snapdragon 665, tiga konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3/32GB, 4/64GB dan 4/128GB.

Seperti kami perkatakan diatas, Siri Realme 5 merupakan model pertama syarikat untuk menampilkan pengunaan 4 kamera dibekalang.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 memiliki tetapan kamera utama 12MP f/1.8, sensor lensar lebar 8MP dengan 119-darjah FoV, sensor makro 2MP dan sensor depth juga pada resolusi 2MP manakala kamera selfie adalah 13MP.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang masih mengekalkan pengunaan slot microUSB.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru kristal dan ungu kristal

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Beralih kepada Realme 5 Pro pula, ianya hadir dengan reka bentuk yang lebih kompak dari Realme 5 namun lebih berkuasa.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 Pro memiliki skrin paparan yang lebih kecil dengan berat keseluruhan adalah 15% lebih ringan.

Realme 5 Pro hadir dengan skrin paparan mini-drop 19:5:9 berukuran 6.3-inci dengan resolusi FHD+ dan bateri berkapasiti 4,035mAh.

Snapdragon 712

Realme 5 Pro memiliki pemproses Snapdragon 712 yang dipadankan dengan tiga konfigurasi RAM dan ROM iaitu 4/64GB, 6/64GB, dan 8/128GB.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 Pro juga memiliki tetapan 4 kamera yang sama seperti Realme 5 namun sensor utama Realme 5 Pro adalah sensor 48MP Sony IMX586 manakala kamera selfie adalah 16MP dengan aperture f/2.0.

Realme 5 dan Realme 5 Pro MalaysiaVooc 3.0 realme 5 pro

Buat pertama kali dalam sejarah Realme, Realme 5 Pro ditawarkan dengan slot USB-C yang mana ianya menyokong pengecasan 20W VOOC 3.0.

Realme 5 dan Realme 5 Pro Malaysia

Realme 5 Pro akan ditawarkan didalam dua warna iaitu biru kristal dan hijau kristal.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.