Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Realme 2 Pro akan ditawarkan secara eksklusif di Shopee pada kempen 11.11

Shopee dan Realme hari ini telah menandatangani perjanjian persefahaman yang menyaksikan Shopee menerima hak esklusif untuk menjual telefon pintar terbaru dan terbaik Realme di Malaysia iaitu Realme 2 Pro.

Realme sebelum ini telah mengesahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada 7 November ini dan Realme 2 Pro adalah salah satu daripada tiga model yang akan dilancarkan ke pasaran tempatan.

Telefon pintar Realme akan memasuki pasaran Malaysia pada 7 November ini

Realme 2 Pro adalah telefon pintar terbaik daripada tiga model yang akan dilancarkan di Malaysia dan Shopee telah mengesahkan Realme 2 Pro akan ditawarkan secara eksklusif pada kempen penjualan Shopee 11.11 Big Sale.

Realme 2 Pro hadir dengan skrin paparan FHD+ berukuran 6.3-inci dengan reka bentuk panel skrin ‘dew-drop’, pemproses Snapdragon 660 dan beberapa kapasiti RAM dan storan dalaman iaitu 4GB/64GB, 6GB/64GB dan 8GB/128GB.

Realme 2 Pro juga hadir dengan tetapan dwi-kamera 16MP f/1.7 + 2MP selain kamera selfie 16MP f/2.0.

Selain itu, Realme 2 Pro juga hadir dengan sensor capjari dibahagian belakang, Color OS 5.2 berasaskan Android Oreo dan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Harga Penjualan Realme 2 Pro diumumkan secara rasmi di majlis pelancaran siri Realme 2 di Malaysia pada 7 November ini.

Selain Realme 2 Pro, Realme juga dijangka akan membawa masuk Realme 2 dan Realme 1C yang akan menjadi antara telefon pintar termurah daripada syarikat ini.

Nantikan ulasan eksklusif Realme 2 Pro dari kami tidak lama lagi di www.mobilefokus.com

Comments

comments