Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X20 dan X20 Plus dilancarkan secara rasmi

Vivo secara rasminya telah melancarkan X20 dan X20 Plus yang memiliki kesemua ciri yang membolehkanya dipertimbangkan sebagai antara telefon pintar terbaik daripada Vivo.

Vivo X20 dan X20 Plus hadir dengan skrin paparan ‘Full View’ dengan nisbah skrin 18:9 dan teknologi Dwi-kamera dengan perbezaan antara model biasa dengan model Plus adalah skrin paparan dan bateri sahaja.

Vivo X20 hadir dengan skrin paparan Super AMOLED QHD berukuran 6.01-inci manakala X20 Plus memiliki skrin paparan 6.43-inci dengan resolusi dan teknologi skrin yang sama.

Selain itu, Vivo X20 dan X20 Plus juga memiliki bateri berkapasiti 3,245mAh manakala X20 Plus hadir dengan bateri berkapasiti 3,905mAh.

Selain daripada itu, kesemua spesifikasi X20 dan X20 Plus adalah sama iaitu pemproses Qualcomm Snapdragon 660, 4GB RAM, 64GB ROM, sensor capjari dibahagian belakang dan hadir dengan Android 7.1.1 Nougat.

Bercakap mengenai kamera, X20 dan X20 Plus akan hadir dengan kamera utama 24MP+5MP manakala kamera selfie juga adalah unit 24MP.

Vivo X20 dan X20 Plus akan ditawarkan pada harga penjualan CNY 2,998 (RM 1,909) dan CNY 3,498 (RM 2,228) dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, emas ros dan emas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.