Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

VIVO V7+ telah dilancarkan secara rasmi

 


Vivo secara rasminya telah melancarkan V7+ yang hadir dengan skrin paparan 18:9 teknologi ‘Fullview’ namun telefon pintar ini bukanlah telefon pintar premium.

skrin paparan ‘Fullview’ vivo V7+ adalah skrin berukuran 5.99-inci dengan panel IPS 720x1440p dan hampir tidak mempunyai bezel.

Selain itu, vivo V7+ juga hadir dengan pemproses 8-teras Qualcomm Snapdragon 450, GPU Adreno 506, bateri berkapasiti 3,225mAh, Android 7.1 Nougat,  4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, vivo V7+ juga memiliki slot dwi-SIM dan slot microSD untuk tambahan memori simpanan dalaman.
Selain skrin, kamera juga adalah antara tarikan utama pada vivo V7+ ini dan ianya hadir dengan kamera 16MP yang memiliki mod Ultra dimana sebanyak 4 gambar diambil dan digabungkan menjadi satu gambar dengan resolusi 64MP.

Kamera hadapan vivo V7+ adalah unit 24MP yang memiliki perisian Face Beauty 7.0, mod Potrait dan flash hadapan.

vivo V7+ akan ditawarkan di pasaran India pada harga INR 21,990 (RM 1,442) mulai 15 September dengan dua pilihan  warna iaitu hitam dan emas.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.