Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V30 dan Vivo V30 Pro kini rasmi di Malaysia – harga dari 1,999

Vivo secara rasminya telah memperkenalkan V30 Series di Malaysia pada harga yang bermula dari RM 1,999.

Vivo V30 Series ini terdiri daripada dua model iaitu vivo V30 dan vivo V30 Pro yang dibangunkan dengan kerjasama Zeiss.

Vivo V30

Vivo V30 hadir dengan skrin paparan 3D Curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260p,

kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 2,800nits. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3,  12GB RAM dan storan dalaman 256GB atau 512GB.

Selain itu, Vivo V30 juga menjadi telefon pintar dipasaran global untuk hadir dengan sensor utama 50MP OmniVision OV50E bersama sensor ultrawide 50MP. Kamera selfie juga adalah sensor 50MP.

Seterusnya, vivo V30 juga dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan 80W FlashCharge dan antaramuka FunTouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Vivo V30 Pro

Vivo V30 Pro pula hadir dengan skrin paparan 3D Curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260p,

kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 2,800nits. Ianya dikuasakan cip Dimensity 8200,  12GB RAM dan storan dalaman 512GB.

Selain itu, Vivo V30 Pro memiliki sensor utama 50MP Sony IMX920, sensor ultrawide 50MP JN1 dan sensor portrait telefoto 50MP IMX816 bersama AuraLight. Ianya juga memiliki kamera selfie sensor 50MP.

Seterusnya, vivo V30 Pro juga dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan 80W FlashCharge dan antaramuka FunTouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Harga Vivo V30 dan Vivo V30 Pro di Malaysia 

Vivo V30 akan ditawarkan didalam dua varian iaitu 12/256GB pada harga RM 1,999 manakala varian 12/512GB akan ditawarkan pada harga RM 2,199.Vivo V30 Pro pula akan ditawarkan pada harga RM 2,599.

pelanggan yang membuat pra-tempahan dari 13 Mac akan menerima hadiah istimewa bernilai sehingga RM 769 yang termasuk vivo TWS 3e,  vivo V30 Limited Gift Box, lanjutan waranti vivo care 1+1* tahun dan pelan vivo care 180 hari bagi skrin paparan.

Pelanggan yang membuat pesanan awal pada 16 Mac 2024, di mana mana kedai konsep vivo, layak untuk mendapat naik taraf storan secara percuma bagi pembelian siri V30 secara  terhad yang bernilai sebanyak RM200. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.