Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V30 dan Vivo V30 Pro akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Mac ini

Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V30 Series akan dilancarkan di Malaysia pada 13 Mac ini.

Vivo V30 Series in akan terdiri daripada dua model iaitu vivo V30 dan vivo V30 Pro yang dibangunkan dengan kerjasama Zeiss.

Vivo V30

Vivo V30 hadir dengan skrin paparan 3D Curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260p,

kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 2,800nits. Ianya dikuasakan cip Snapdragon 7 Gen 3, 8 atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Selain itu, Vivo V30 juga menjadi telefon pintar dipasaran global untuk hadir dengan sensor utama 50MP OmniVision OV50E bersama sensor ultrawide 50MP. Kamera selfie juga adalah sensor 50MP.

Seterusnya, vivo V30 juga dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan 80W FlashCharge dan antaramuka FunTouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Vivo V30 Pro

Vivo V30 Pro hadir dengan skrin paparan 3D Curved AMOLED berukuran 6.78-inci dengan resolusi 1260p,

kadar segar semula 120Hz dan kecerahan maksima 2,800nits. Ianya dikuasakan cip Dimensity 8200, 8 atau 12GB RAM dan storan dalaman 256GB/512GB.

Selain itu, Vivo V30 Pro memiliki sensor utama 50MP Sony IMX920, sensor ultrawide 50MP JN1 dan sensor portrait telefoto 50MP IMX816 bersama AuraLight. Ianya juga memiliki kamera selfie sensor 50MP.

Seterusnya, vivo V30 Pro juga dilengkapi bateri 5,000mAh dengan pengecasan 80W FlashCharge dan antaramuka FunTouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Buat masa ini maklumat harga di Malaysia masih belum diumumkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.