Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V30e akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini

Vivo secara rasminya telah mengesahkan bahawa vivo V30e akan dilancarkan di Malaysia pada 2 Mei ini.

Pelancaran vivo V30e ini adalah susulan pelancaran vivo V30 Series di Malaysia sebelum ini yang sudah pastinya akan tampil dengan rekaan premium dan sistem kamera yang berkemampuan tinggi.

Walaubagaimanapun, vivo V30e dilihat akan tampil dengan rekaan modul kamera bulat pada bahagian belakang iaitu dua sensor kamera dengan aura light untuk potrait yang lebih asli pada waktu malam.

Selain itu, vivo V30e juga akan tampil dengan skrin paparan 120Hz 3D curved dan bateri 4,400mAh dengan ketahanan sehingga 4 tahun.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.