Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V7+ dilancarkan secara rasmi di Malaysia

Vivo V7+ dilancarkan secara rasmi di Malaysia 1

Vivo secara rasminya telah melancarkan V7+ yang hadir dengan skrin paparan 18:9 teknologi ‘Fullview’ namun telefon pintar ini bukanlah telefon pintar premium.

skrin paparan ‘Fullview’ vivo V7+ adalah skrin berukuran 5.99-inci dengan panel IPS 720x1440p dan hampir tidak mempunyai bezel.

Selain itu, vivo V7+ juga hadir dengan pemproses 8-teras Qualcomm Snapdragon 450, GPU Adreno 506, bateri berkapasiti 3,225mAh, Android 7.1 Nougat, 4GB RAM dan 64GB memori simpanan dalaman.

Selain itu, vivo V7+ juga memiliki slot dwi-SIM,  slot microSD untuk tambahan memori simpanan dalaman, sensor capjari dan sensor pengecaman wajah.

Selain skrin, kamera juga adalah antara tarikan utama pada vivo V7+ ini dan ianya hadir dengan kamera 16MP yang memiliki mod Ultra dimana sebanyak 4 gambar diambil dan digabungkan menjadi satu gambar dengan resolusi 64MP.

Vivo V7+ dilancarkan secara rasmi di Malaysia 2

Kamera hadapan vivo V7+ adalah unit 24MP yang memiliki perisian Face Beauty 7.0, mod Potrait dan flash hadapan.

Vivo V7+ hadir dengan harga penjualan RM 1,499 dan akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan emas.

Bercakap mengenai Vivo V7, telefon pintar ini dijangka akan memasuki pasaran tempatan sekitar bulan Disember 2017.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.