Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan

Selain iPhone X, Apple turut memperkenalkan dua model iPhone yang lebih berpatutan iaitu iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Apple telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama ‘S’ bagi model tahun ini kerana kedua-dua model iPhone ini hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas.

Selain reka bentuk berasaskan gelas, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus masih hadir dengan DNA yang sama seperti model sebelum ini seperti TouchID dan panel besar diatas dan dibawah skrin.

Selepas melihat iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dirasakan seperti model yang jauh ketinggalan zaman.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 hadir dengan skrin paparan Retina HD dengan TrueTone (4.7 dan 5.5-inci), pemproses A11 Bionic, kamera 12MP yang menggunakan sensor baru ( iPhone 7), Dwi-kamera 12MP yang hadir dengan mod potrait dan potrait lighting pada iPhone 8 Plus dan lampu flash LED (4 lampu led).

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus juga memiliki LTE-Advance, Bluetooth 5.0, pembesar suara stereo, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan pantas.

Apple iPhone 8 akan hadir didalam tiga warna iaitu hitam, perak dan emas dengan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB dan 256GB.

Harga iPhone 8 adalah $699 bagi versi 64GB dan $849 bagi versi 256GB.


Apple iPhone 8 Plus akan turut ditawarkan didalam warna yang sama seperti pada iPhone 8 dengan harga bermula dari $799 bagi versi 64GB dan $949 bagi versi 256GB.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat akan bila iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan memasuki pasaran Malaysia namun kami meramalkan kedua-dua model ini mungkin memasuki pasaran tempatan pada bulan Oktober atau November 2017.

Bercakap mengenai iOS 11 pula, kemaskini ini akan ditawarkan bagi semua peranti yang layak mulai 19 September.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.