Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 1

Selain iPhone X, Apple turut memperkenalkan dua model iPhone yang lebih berpatutan iaitu iPhone 8 dan iPhone 8 Plus.

Apple telah memutuskan untuk tidak menggunakan nama ‘S’ bagi model tahun ini kerana kedua-dua model iPhone ini hadir dengan reka bentuk berasaskan gelas.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 2

Selain reka bentuk berasaskan gelas, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus masih hadir dengan DNA yang sama seperti model sebelum ini seperti TouchID dan panel besar diatas dan dibawah skrin.

Selepas melihat iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dirasakan seperti model yang jauh ketinggalan zaman.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 3

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 hadir dengan skrin paparan Retina HD dengan TrueTone (4.7 dan 5.5-inci), pemproses A11 Bionic, kamera 12MP yang menggunakan sensor baru ( iPhone 7), Dwi-kamera 12MP yang hadir dengan mod potrait dan potrait lighting pada iPhone 8 Plus dan lampu flash LED (4 lampu led).

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 4

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 5

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus juga memiliki LTE-Advance, Bluetooth 5.0, pembesar suara stereo, pengecasan tanpa wayar dan pengecasan pantas.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 6

Apple iPhone 8 akan hadir didalam tiga warna iaitu hitam, perak dan emas dengan dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 64GB dan 256GB.

Harga iPhone 8 adalah $699 bagi versi 64GB dan $849 bagi versi 256GB.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 7
Apple iPhone 8 Plus akan turut ditawarkan didalam warna yang sama seperti pada iPhone 8 dengan harga bermula dari $799 bagi versi 64GB dan $949 bagi versi 256GB.

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat akan bila iPhone 8 dan iPhone 8 Plus akan memasuki pasaran Malaysia namun kami meramalkan kedua-dua model ini mungkin memasuki pasaran tempatan pada bulan Oktober atau November 2017.

Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dilancarkan 8

Bercakap mengenai iOS 11 pula, kemaskini ini akan ditawarkan bagi semua peranti yang layak mulai 19 September.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.