Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone X diumumkan secara rasmi

Apple secara rasminya telah melancarkan Apple iPhone X yang merupakan telefon pintar pertama Apple untuk hadir dengan skrin paparan OLED.

Apple iPhone X atau iPhone 10 seperti yang digelar oleh Apple hadir dengan skrin paparan Super Retina HD berukuran 5.8-inci dengan resolusi 1,125 x 2,436 dan sokongan HDR10.

Selain itu, Apple juga telah menyingkirkan pengunaan TouchID dan tiada juga butang Home pada iPhone X.

TouchID kini digantikan dengan Face ID yang dikatakan mempunyai kadar kegagalan 1 : 1,000,000 berbanding TouchID yang mempunyai kadar kegagalan 1:50,000.

FaceID juga boleh digunakan didalam gelap dan pengguna mesti aktif memandang iPhone X ini.

Selain itu , Apple iPhone X hadir dengan pemproses Apple A11 Bionic, kalis air, sokongan pengecasan tanpa wayar dan bateri yang mampu bertahan dua jam lebih lama berbanding iPhone 7.

Selain itu, Apple iPhone X juga akan hadir dengan teknologi dwi-kamera 12MP yang memiliki dwi-OIS dan empat flash LED. Kamera selfie iPhone X adalah 7MP dan ianya turut hadir dengan sokongan gambar potrait ( mod potrait kini memiliki ciri pencahayaan yang dikenali sebagai potrait lighting).

iPhone X juga menjadi telefon pintar pertama didunia untuk hadir dengan sokongan rakaman 4K 2160p pada kadar 60fps.

Apple iPhone X akan mula dibuka untuk tempahan pada 27 Oktober 2017 sebelum memasuki pasaran pada 5 November.

iPhone X akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan perak dengan dua kapasiti memori dalaman iaitu 64GB dan 256GB.

Harga penjualan Apple iPhone X adalah seperti yang diduga iaitu $999 bagi model 64GB dan $1,149 bagi model 256GB.

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.