Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple Watch Series 9 kini ditawarkan di Malaysia – dari RM 1,899

Apple Watch Series 9 yang dilancarkan serentak dengan pelancaran iPhone 15 Series kini telah mula ditawarkan di Malaysia.

Apple Watch Series 8 menampilkan beberapa ciri baharu seperti cip Apple S9, sensor suhu kulit dan sensor pengesanan kemalangan yang akan mengesan kemalangan dengan beberapa sensor baharu dan memaklumkan kemalangan ini kepada pasukan kecemasan dan kenalan rapat anda.

Skrin paparan Apple Watch Series kini menyokong kecerahan sehingga 2,000 nits dan ianya mampu menawarkan kecerahan serendah 1nits.

Cip Apple S9 ini memiliki 60% lebih transistor berbanding Apple S9 dan ianya juga disertakan dengan GPU yang 30% lebih berkuasa. Ianya juga membawakan gesture Double Tap yang mengaktifkan beberapa arahan dengan hanya mengetik jari.

Dalam pada itu, arahan Siri kini diproses terus pada peranti tanpa perlu bergantung kepada internet atau server dan ianya juga boleh mengakses aplikasi Health untuk arahan kesihatan yang lebih menyeluruh. cip UWB pada Watch Series 9 juga menawarkan lokasi yang lebih tepat dan ciri Find My juga ditambahbaik.

Selain itu, Apple Watch Series 9 masih menawarkan sehingga 18 jam jangka hayat bateri dan terdapat Low power mode yang meningkatkan jangka hayat bateri sehingga 36 jam.

Apple Watch Series 9 akan ditawarkan pada harga yang bermula  dari RM 1,899.

Berikut adalah harga Apple Watch Series 9 di Malaysia

  • Apple Watch Series 9 41mm GPS – RM 1,899
  • Apple Watch Series 9 45mm GPS – RM 2,049
  • Apple Watch Series 9 41mm GPS + Selular- RM 2,399
  • Apple Watch Series 9 45mm GPS + Selular- RM 2,549
  • Apple Watch Series 9 Titanium 41mm GPS + Selular – RM 3,299
  • Apple Watch Series 9 Titanium 45mm GPS + Selular – RM 3,549
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.