Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple sahkan tarikh sidang WWDC 24 – Pelancaran iOS 18 dengan AI antara topik utama

Apple secara rasminya telah mengesahkan bahawa Worldwide Developers Conference (WWDC) akan berlangsung pada 10 Jun ini yang akan menjadi pentas kepada pelancaran iOS 18 yang akan ditawarkan selepas pelancaran iPhone 16 Series pada bulan September.

Menurut laporan terbaru dari Mark Gurman di Bloomberg, iOS 18 akan menjadi sistem operasi yang menerima perubahan paling ketara didalam sejarahny dan AI dijangka akan menjadi fokus utama pada iOS 18.

Selain Mark Gurman, naib presiden pemasaran Apple, Greg Josewiak juga memberikan petunjuk bahawa WWDC 24 akan menjadi “Absolutely Incredible!” dengan menggunakan huruf besar yang menunjukan pemfokusan kepada AI.

Selepas melihat kemampuan Galaxy AI, kita sekarang mungkin boleh menantikan untuk melihat kemampuan AI daripada Apple yang mencorak masa depan penggunaan peranti pintar berasaskan AI.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.