Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V3 Max kini dijual pada harga promosi hanya RM999

vivo-v3-max-offerVivo V3 Max kini dijual pada harga promosi hanya RM999

Sempena Hari Krismas, Satu Gadget telah menawarkan promosi yang hebat untuk telefon pintar yang popular seperti Vivo V3 Max, Honor 7 Enhanced dan banyak lagi.

Harga runcit Vivo V3 Max di Malaysia adalah RM1,399. Dalam tempoh masa promosi ini dari 23 sehingga 26 December, SatuGadget menawarkan peranti ini pada harga promosi hanya RM999 sahaja!

Vivo V3Max hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci (dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 2.5D), pemproses octa-core Qualcomm Snapdragon 652 , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman, bateri berkapasiti 3,000mAh dan slot dwi-SIM 4G LTE.

Selain itu, Vivo V3Max ini juga akan hadir dengan kamera utama 13MP yang mampu diaktifkan didalam masa 0.7saat. Kamera ini juga hadir dengan pemfokusan PDAF dan flash LED.  Vivo V3Max juga memiliki kamera selfie 8MP

Vivo V3Max juga memiliki cip audio AK4375, sensor capjari pantas ( mempunyai kelajuan bacaan 0.2 saat/ 0.5 saat jika skrin tidak aktif) ,sokongan pengecasan pantas ‘Dual Charging Engine’ dan lain-lain.

Jika anda ingin membeli Vivo V3 Max atau peranti lain yang dalam promosi Krismas ini, sila layari laman web SatuGadget sementara stok masih ada!

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.