Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pelanggan U Mobile yang main Pokemon Go berpeluang menangi iPhone 6s !

umobile pokemon

Pelanggan U Mobile yang main Pokemon Go berpeluang menangi iPhone 6s !

Baru-baru ini, permainan telefon pintar Pokemon Go merupakan permainan yang paling hangat di seluruh dunia sekarang.

U Mobile kini memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi iPhone 6s dengan bermain Pokemon Go dalam tempoh masa dua minggu dari 10 Ogos 2016 hingga 23 Ogos 2016.

Selain daripada sepuluh unit iPhone 6s, U Mobile turut akan menawarkan kredit prabayar dan pascabayar bernilai RM 42,000 serta powerbank kepada pemenang ‘Power-UP for Pokemon Go’.

Berikut adalah garis panduan untuk menyertai peraduan ini:

  1. Tangkap Pokemon terpilih berdasarkan Laman web dan Instagram U Mobile.
  2. Mengambil Screenshot Pokemon yang  telah ditangkap oleh anda.
  3. Upload gambar ke Instagram dengan kapsyen yang kreatif bermula dengan ‘I want to Power-Up for Pokemon Go with U Mobile because…’
  4. Hashtags #pokeonz dan #Umobile.

Selain itu, pelanggan-pelanggan U Mobile yang menggunakan perkhidmatan Uber serta membeli Powerbank di Lazada juga akan menikmati diskaun istimewa selama tempoh satu bulan bermula dari 10 Ogos 2016.

Comments

comments