Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile lancar pelan jalur lebar U Home 5G serendah RM 68 sebulan tanpa kontrak

U Mobile U Home 5G

U Mobile secara rasminya telah memperkenalkan rangkaian pelan jalur lebar dengan penawaran terkini U Home 5G – pelan jalur lebar kediaman 5G yang pertama di Malaysia tanpa  kontrak.

Dengan harga hanya RM78 sebulan, pelanggan boleh menikmati kelajuan setaraf fiber tanpa had, dengan penuh fleksibiliti di mana ianya ditawarkan tanpa sebarang kontrak.

Penyelesaian pasang dan pakai (plug & play) juga lebih mudah kerana pengguna boleh terus menggunakan perkhidmatan dengan serta merta selepas melanggan.

Selain itu, U Home 5G merupakan pelan yang hanya menggunakan SIM supaya pengguna boleh menggunakannya dengan mana-mana modem atau router yang serasi yang dimiliki atau dibeli oleh pelanggan, membuatkan proses tersebut lebih lancar.

Selain itu, sempena pelancaran U Home 5G ini, U Mobile menawarkan pelan pada harga promosi serendah RM68 sebulan. Harga promosi istimewa ini akan ditawarkan mulai hari ini sehingga notis selanjutnya .

Para pelanggan yang mendaftar untuk U Home 5G dalam tempoh promosi boleh menikmati harga promosi ini seumur hidup. U Home 5G berfungsi dengan mana-mana modem atau router yang serasi dengan rangkaian 5G Malaysia. Senarai modem atau router yang disyorkan disediakan melalui laman web U Mobile.

Untuk maklumat lanjut tentang U Home 5G, layari u.com.my/home5G.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.