Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pakej 5G Rahmah dilancarkan pada harga RM 60 sebulan untuk 60GB internet 5G

Pakej 5G Rahmah Malaysia

Pakej 5G Rahmah kini telah dilancarkan secara rasmi dan akan ditawarkan mulai 31 Ogos sehingga 31 Disember ini pada harga RM 60 sebulan dengan data 60GB sebulan.

Selain itu, Pakej 5G Rahmah ini akan ditawarkan oleh hampir kesemua syarikat telekomunikasi di Malaysia iaitu CelcomDigi, TM Unifi Mobile, Maxis, U Mobile dan Yes 5G dengan kontrak selama 24-bulan.

Seterusnya, pelanggan pakej 5G Rahmah juga diberi pilihan untuk memiliki telefon pintar 5G bernilai RM 1,099 pada harga RM 240 dan syarikat telekomunikasi juga akan menawarkan pakej ini pada harga RM 120 sahaja bagi 100,000 langganan pertama dibawah kategori B40.

Selain itu, para penjawat awam juga akan menerima rebat tambahan sebanyak RM 10 sebulan namun tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.