Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

U Mobile menawarkan Pakej 30GB Data pada harga RM98 sebulan

30GBofFun-Hi-Res-600x360U Mobile menawarkan Pakej 30GB Data pada harga RM98 sebulan

Hari ini, secara rasminya U Mobile telah menawarkan pakej baru iaitu Hero P98. Pelan baru U Mobile ini datang dengan perkhidmatan data internet sebanyak 30GB dengan sokongan Video Onz untuk penstriman video dari perkhidmatan terpilih tanpa had.

Selain daripada pakej internet yang disebutkan di atas, U Mobile juga turut memberi panggilan tanpa had untuk semua talian kepada pengguna pelan ini.

Akses premium percuma bagi salah satu perkhidmatan penstriman video hanya untuk tempoh dari 1 Julai 2016 hingga 31 Julai 2017 kelak.

umobile-p98-30gb

MobileFokus mengalakkan para pengguna pelan internet boleh cuba melanggani pelan P98 daripada U Mobile ini sebab ia mengandungi data sehingga 30GB, panggilan tanpa had dan langganan premium untuk penstriman video memang sesuai untuk pengguna data yang banyak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.