Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 11x 5G kini rasmi di Malaysia – eksklusif melalui pelan pascabayar U Mobile

realme 11x 5G U Mobile

realme  telah mengumumkan bahawa realme 11x 5G kini ditawarkan di Malaysia secara eksklusif melalui pelan pascabayar U Mobile.

Pelanggan pelan pascabayar U Postpaid 98 boleh mendapatkan realme 11x 5G secara percuma dengan kontrak 24-bulan (U98 dengan kontrak 12-bulan juga ditawarkan) dan ianya juga boleh didapati melalui pelan U68 pada tempoh 12 bulan atau 24-bulan.

Menyentuh spesifikasi realme 11x 5G ini, telefon pintar ini memiliki skrin paparan IPS LCD berukuran 6.72-inci dengan resolusi FHD+ bersama kadar segar semula 120Hz. Ianya turut dijana cip Dimensity 6100+, 6GB/8GB RAM (sehingga 16GB RAM dengan ciri Dynamic RAM) dan storan 128GB serta sokongan slot MicroSD.

Pada bahagian belakang, realme 11x 5G menampilkan penggunaan sensor utama 64MP bersama sensor potret 2MP. Ianya juga memiliki kamera selfie 8MP dan sensor capjari pada bahagian sisi.

Seterusnya, telefon pintar ini dikuasakan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W SUPERVOOC (0-50% dalam 29 minit) , realme UI 4.0 berasaskan Android 13 dan bicu audio 3.5mm.

realme 11x 5G akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Midnight Black dan Purple Dawn pada harga jualan runcit RM 999.

Maklumat lanjut di laman rasmi U Mobile

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.