Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Gambar Asli Vivo X6 Tersebar di Weibo

vivo x6 weibo harpers bazaar

Telefon pintar utama daripada Vivo iaitu X6 memang mendpat perhatian ramai dan setiap pergerakan dan penampilan model ini sentiasa diikuti. Jika beberapa hari lalu,Vivo telah mendedahkan bahawa Vivo X6 akan hadir dengan pengesan capjari selain 4GB RAM kini satu penampilan tidak rasmi model ini telah dipaparkan di laman weibo.

Gambar ini telah dimuat turun di akaun Weibo yang dimiliki Majalah Harper’s Bazaar yang mana didalam gambar ini terdapat satu model telefon pintar Vivo dan ianya disahkan adalah X6 kerana telefon pintar ini adalah satu-satunya telefon pintar Vivo yang memiliki pengesan capjari dibahagian belakang.

vivo-x6-weibo-harpers-bazaar

Selain itu, satu lagi bukti yang menunjukkan model ini adalah Vivo X6 ialah muat turun gambar ini dilakukan melalui telefon pintar terbaru Vivo ini.

Walaubagaimanapun, selain gambar Vivo X6 ini tidak banyak maklumat yang didedahkan melalui gambar ini namun pada panel belakang ini terdapat satu unit kamera yang disertakan dengan lampu LED dan satu pembesar suara dibahagian bawah.

Vivo X6 dijangka akan dilancarkan didalam masa terdekat dan dengan spesifikasi yang baik, antara spesifikasi X6 adalah pemproses MediaTek Helio X20 dan 1GB RAM khas untuk pemprosesan grafik.

Vivo X6 juga dijangka akan memasuki pasaran Malaysia selepas ianya diperkenalkan namun buat masa ini masih tiada sebarang maklumat mengenai perancangan Vivo di Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.