Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X6 akan memiliki sensor capjari terbaik di pasaran

vivo x6 fingerprint sensor
Selepas beberapa bulan tanpa sebarang model telefon pintar yang menarik, Vivo akhirnya telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan phablet Vivo X6 melalui akaun Weibo mereka.

Minggu lalu, Vivo telah mengesahkan telefon pintar X6 ini akan hadir dengan 4GB RAM yang menjanjikan pengunaan peranti yang pantas dan tanpa sebarang masalah.

Kini Vivo kembali menghebakan melalui akaun Weibo mereka bahawa Vivo X6 ini akan hadir dengan pengesan capjari yang canggih.

Menurut gambar yang dimuat turun di Weibo, Vivo memberikan petunjuk bahawa sensor pengesan cap jari ini mampu mengesan capjari dari semua sudut (360 darjah) dan juga boleh digunakan sebagai pas keselamatan untuk melakukan pembayaran.

Selain itu, Vivo X6 juga dijangka hadir dengan 1GB RAM khas untuk grafik, kamera utama 23MP, kamera selfie 12MP dan mempunyai kenipisan hanya 4mm. Walaubagaimanapun, spesifikasi yang senaraikan ini masih belum disahkan oleh Vivo.

Apa pun kami akan sentiasa melaporkan yang terkini bagi anda dan pastikan anda mengikuti perkembangannya di mobilefokus!.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.