Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo X6 akan ditawarkan didalam 3 warna

Vivo X6 colors

Jika anda telah mengikuti perkembangan mengenai telefon pintar terbaru daripada Vivo iaitu X6, anda pasti sudah tahu bahawa Vivo telah mengesahkan model X6 ini akan hadir dengan 4GB RAM dan sensor pengesan capjari selain satu gambar asli Vivo X6.

Kesemua petunjuk kecil mengenai Vivo X6 ini telah didedahkan di laman Weibo dan nampaknya Vivo telah mendedahkan satu lagi petunjuk mengenai Vivo X6 ini.

Vivo melalui akaun Weibo telah mendedahkan bahawa Vivo X6 akan ditawarkan didalam tiga warna iaitu warna emas, perak dan emas ros dengan reka bentuk berasakan besi sepenuhnya.

Warna emas ros dilihat semakin popular terutama sekali selepas Apple melancarkan iPhone 6s dan 6s Plus didalam warna baru ini.

Walaupun banyak yang telah didedahkan, Vivo masih belum memberikan kita sebarang maklumat mengenai Vivo X6 akan dilancarkan secara rasmi.

Selain itu, seperti pada laporan sebelum ini kami memberikan anda sedikit spesifikasi X6 yang masih belum disahkan lagi. Antaranya adalah skrin paparan QHD 6.0-inci, pemproses MediaTek Helio X20, kamera 21MP dan bateri berkapasiti 4,000 mAh.

Selain itu, terdapat juga kata-kata telefon pintar Vivo X6 ini akan memiliki kenipisan 4mm dan 1GB RAM khas untuk pemprosesan grafik.

Vivo X6 dijangka akan ditawarkan di pasaran China terlebih dahulu sebelum memasuki pasaran antarabangsa yang lain dan pasaran Malaysia juga dijangka akan menerima model X6 ini.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.