Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kemaskini Android 12 mula ditawarkan kepada peranti Google Pixel 3 dan ke atas


Sejurus selepas pelancaran Google Pixel 6 Series, Google telah mula menawarkan sistem operasi Android 12 kepada peranti Google Pixel lain dipasaran.

Google Pixel 6 Pro dan Pixel 6 kini rasmi – peranti flagship tulen dengan harga sekitar RM 2,497

Senarai peranti Google Pixel yang layak adalah dari model Pixel 3 dan ke atas yang mana anda jika anda mempunyai model yang layak menerima kemaskini ini, anda boleh semak di bahagian tetapan peranti.

Android 12 adalah satu sistem operasi yang hadir dengan perbezaan yang ketara berbanding iterasi sebelum ini dan ianya menampilkan UX Material You dan pelbagai ciri keselamatan.

Jika anda mengemaskini peranti Google Pixel anda dari Android 11, saiz kemaskini Android 12 adalah sekitar 1.5GB.

Anda boleh lihat kemaskini ini di Settings > System > Advanced > System Update

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.